Kamis, 01 April 2010

Pilih Pakaian Wanita

Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?”

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian wanita yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian wanita ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

  1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
  2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
  3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
  4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

sumber: http://www.buzzos.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar